Apa itu Saham?



Baru-baru ni gelombang saham makin menjadi-jadi, mana tidak nya hari-hari ada iklan berkenaan saham di radio, media sosial dan lain-lain "Tak hensem takpa janji kaya" haha kan itu la Tagline yang selalu didendangkan di radio.

Jadi mesti ada yang tertanya-tanya apa itu saham, pelaburan skim cepat kaya ke pelaburan apa ni?. Sebelum membuat apa-apa pelaburan, pastikan anda tahu pelaburan apa yang anda buat, tidak mahu satu hari nanti bukan anda buat pelaburan tapi hanyalah lebur sahaja.

Sebelum kita pergi lagi jauh lebih baik kita ketahui apa itu maksud saham.

Saham ialah hak pemilikan syarikat atau sebahagian daripada syarikat itu. Lagi banyak saham atau syer sesorang/organisasi/syarikat dalam syarikat itu lagi besar hak pemilikan sesorang/organisasi/syarikat itu, boleh pergi Annual General Meeting (AGM) dan layak membuat undian dalam syarikat.



Saham yang selalu disebutkan ini dikenali juga sebagai ekuiti. Terdapat pelbagai securities pelaburan yang boleh di jual beli dalam pasaran. Antaranya:-
  • Ekuiti/Ordinary Shares/Stocks
  • Preference Shares
  • Debentures
  • Loan Stock
  • Warrants
  • Call Warrants
  • Exchange Traded Funds (ETF)
  • Real Estate Investment Trust (REIT)
  • Contract For Difference (CFD)
  • Bond
  • Option
  • Futures
Jika anda seorang Muslim, pastikan anda tahu status syariah bagi setiap pelaburan yang dilakukan agar pendapatan atau pelaburan yang dilakukan sah di sisi Islam. Boleh rujuk di Securities Comission untuk mengetahui lebih lanjut mengenai saham yang patuh syariah atau tidak. Suruhanjaya Sekuriti merupakan badan yang mengawal aktiviti pelaburan di Malaysia.



Jadi bagaimana saham itu boleh membuatkan sesorang itu kaya atau untung?. Kenaikan harga ekuiti  syarikat boleh membawa pulangan yang lumayan ke atas pelabur atau pemilik syarikat dan juga sebaliknya (boleh menyebabkan seseorang itu rugi).

Kesimpulannya, saham/ekuiti dan lain-lain instrumen merupakan instrumen pelaburan yang berisiko, ianya boleh membawa keuntungan dan juga kerugian. Sebelum melangkah ke dalam dunia pelaburan, pastikan anda mempunyai ilmu secukupnya supaya anda tahu apa yang anda buat dalam pelaburan anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pasaran Saham Di Malaysia

Pasaran Saham